Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Mi Store Sunway Pyramid Mula Beroperasi hari ini dengan promosi menarik

Mi Malaysia hari ini telah membuka satu lagi stor rasmi Mi yang bertempat di pusat membeli belah terkemuka di Lembah Klang iaitu Sunway Pyramid Mall.

Pembukaan Mi Stor ini turut menyaksikan bermulanya penjualan tiga produk terbaru Xiaomi iaitu Mi Band 3, Mi Max 3 dan Pocophone F1 Armoured Edition.

Selain itu, sempena pembukaan rasmi Mi Store Sunway Pyramid ini, pelbagai aksesori rasmi Xiaomi ditawarkan pada harga yang lebih murah dan stok adalah terhad.

Xiaomi Mi Max 3 dan Mi Band 3 Kini Di Malaysia

Bercakap mengenai Mi Max 3, phablet ini ditawarkan pada harga RM 1,099 manakal Mi Band 3 ditawarkan pada harga RM 129.

ULASAN: Pocophone F1 – telefon pintar flagship killer 2018 terbaik

Telefon pintar flagship killer, Pocophone F1 Armoured Edition yang hadir dengan panel belakang kevlar pula ditawarkan pada harga RM 1,599 sahaja.

Pocophone F1 Amoured Edition akan ditawarkan di Malaysia 27 September ini

Tawaran menarik di Mi Store Sunway Pyramid

Pembukaan lebih banyak Mi store di lokasi- lokasi popular seperti ini semestinya akan memudahkan lagi bakal pembeli telefon pintar dan produk Xiaomi.

Selain itu, pelbagai aksesori rasmi daripada Xiaomi iaitu Router, Pembesar Suara Bluetooth, kamera aksi, powerbank, aksesori telefon pintar, penimbang berat pintar, Mi Scooter dan banyak lagi boleh dibeli di Mi Store Sunway Pyramid ini.

Lokasi Mi Store Sunway Pyramid adalah di tingkat 1 (F1.47).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.