Skil fotografi Honor 10 – beberapa langkah mudah yang membolehkan anda mengambil gambar seperti profesional
Sebelum kita membuat keputuasan untuk membeli sesuatu telefon pintar, aspek kamera adalah salah satu ciri penting yang akan dipertimbangkan oleh pengguna.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, fotografi pada telefon pintar telah mencapai tahap yang sangat baik sehingga kepupusan kamera digital sudah menjadi satu kemungkinan yang harus diterima kita.
Golongan profesional dan artis juga telah beralih kepada pengunaan telefon pintar untuk keperluan fotografi dan video mereka kerana perkongsian kepada peminat adalah lebih mudah dan cepat.
Berikut adalah beberapa tips fotografi Honor 10 yang membolehkan anda mengambil gambar dengan baik.
Sebelum terus kepada topik kita, adalah lebih baik kita mengulas sedikit mengenai spefikasi Honor 10 ini.
Honor 10 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.84-inci iaitu skrin 19:9 dengan resolusi 2280 x 1080 piksel, pemproses kelas flagship Kirin 970 (dengan GPU Turbo), 4GB RAM + 128GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 3,400mAh dengan pengecasan pantas Honor SuperCharge dan EMUI 8.1 yang berasakan Android 8.1 Oreo.
Gambar mod malam yang lebih berseri
Telefon pintar dipasaran sekarang kebiasaanya akan mempunyai prestasi pengambilan gambar yang baik pada keadaan siang hari namun ianya adalah cerita yang berbeza apabila dibandingkan dengan kebolehan pengambilan gambar pada waktu malam.
Gambar yang diambil pada waktu malam kebiasaaanya dicemari dengan tahap kekaburan yang tinggi dan kualiti yang kurang.
Gambar Mod Malam Honor 10 yang diambil oleh Reza Aziz
Walaubagaimanapun, Honor 10 dengan teknologi dwi-kamera AI ini membolehkan anda mengambil gambar yang baik pada siang hari dan juga pada waktu malam tanpa sebarang masalah.
Dengan mod AI, Honor 10 yang memiliki enjin NPU mampu mengesan keadaan cahaya penggambaran dan menawarkan tetapan kamera yang terbaik untuk pengguna sebelum gambar diambil.
AI membantu menawarkan tetapan gambar terbaik bagi lebih 500 senario didalam 22 jenis kategori.
Mod Potrait yang lebih menonjol dengan bantuan AI
Sejak mod portrait diperkenalkan pada telefon pintar beberapa tahun, teknologi ini telah diperhalusi dengan baik dan setiap tahun kita menyaksikan syarikat telefon pintar memperkenalkan mod portrait yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Walaubagaimanapun dengan pemproses Kirin 970 yang memiliki enjin AI yang dikenali sebagai Neural Processing Unit, loncatan terbesar pada penggambaran fotografi telah dilihat pada peranti yang memiliki pemproses ini termasuk Honor 10.
Selain itu, Honor 10 juga memiliki mod 3D Portrait Lighting yang mana ianya membolehkan anda mengubah tona gambar portrait anda dengan lebih mudah dan ianya boleh dilakukan sebelum dan selepas gambar diambil.
Honor 10 dengan AI Beautify mampu memberikan anda gambar selfie dan portrait yang lebih ‘flawless’ namun tidak terlalu keterlaluan sehingga kelihatan palsu.
Sebelum makan wajib ambil gambar makanan dengan Honor 10 Mod AI ‘food’
Adalah satu trend apabila anda keluar makan ke kafeteria atau hotel mewah, pengambilan gambar makanan yang dihidangkan secara artistik ini diambil gambar terlebih dahulu.
Honor 10 dengan mod AI yang mengesan anda ingin mengambil gambar makanan memberikan anda tetapan fotografi untuk kategori ini.
Anda hanya perlu menekan ikon AI pada kamera Honor 10 dan lihat sendiri kebolehan kamera ini untuk menambahkan lagi seri gambar makanan yang anda ambil.
Koleksi gambar si manja lebih sempuran dengan Honor 10
Jika anda baru sahaja mempunyai ahli keluarga yang baru, anda pasti sedar bahawa galeri foto telefon pintar anda kini sudah mula dipenuhi dengan gambar anak anda dan bukanya anda dan teman hidup anda seperti sebelum ini.
Pengambilan gambar si comel ini adalah satu cabaran luar biasa bagi anda dan juga bagi kamera kerana pergerakan mereka yang tidak dapat kita kawal.
Selain itu, ekpresi muka anak anda juga akan berubah sepantas kilat yang memerlukan anda mempunyai teknolog kamera yang baik untuk pengambilan detik-detik indah ini.
Dengan Honor 10, anda tidak perlu membuka aplikasi kamera yang memakan masa untuk mengambil gambar anak anda, anda hanya perlu memegang kamera pada posisi yang baik dan menekan butang suara sebanyak dua kali untuk pengambilan gambar yang pantas.
Mod ini dikenali sebagai mod kamera “ultra-snapshot”.
Gambar diambil oleh peserta peraduan Honor 10 Pet Contest
Honor 10 Pet Contest
Secara kebetulan, Honor Malaysia kini sedang menganjurkan peradua fotografi haiwan peliharaan yang dikenali sebagai Honor 10 Pet Contest.
Peraduan ini akan berlangsung dari 20 September sehingga 28 Oktober yang dengan motif untuk menonjolkan haiwan peliharaan mereka melalui lensa telefon pintar Honor.
Peraduan ini terbuka kepada semua pemilik telefon pintar Honor dan anda berpeluang memenangi satu unit telefon pintar Honor 10 dan keahlian Petsmore selain 3 hadiah sagu hati yang menarik.
Peraduan ini amat mudah untuk anda sertai dan anda digalakkan untuk menghantar lebih daripada satu gambar.
Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh anda ketahui di sini.
Honor 10 boleh dibeli di laman sesawang rasmi hihonor.com/my pada harga penjualan RM 1,599. Selain itu, Honor 10 juga boleh dimiliki melalui wakil penjual Honor Malaysia selain melalui stor e-perdagangan Shoppe Malaysia.
Berikut adalah gambar-gambar menarik yang di ambil melalui Honor 10