Honor 8X disahkan akan memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan
Honor 8X dan 8X Max telah dilancarkan di pasaran China pada 6 September yang lalu dan Honor Malaysia telah mengesahkan akan membawa masuk sekurang-kurangnya salah satu daripada telefon pintar ini ke pasaran tempatan.
Honor 8X dilihat akan mula memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan dan ianya dilihat akan mempunyai harga penjualan yang amat kompetitif iaitu hampir sama dengan harga penjualan di China.
Honor 8X hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci yang memiliki nisbah skrin kepada rangka yang tinggi iaitu 91%.
Honor 8X juga hadir dengan pemproses Kirin 710, dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 6GB, 64GB atau 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh dengan sokongan pengecasan pantas.
Kamera 8X adalah 20MP + 2MP dibahagian belakang manakala pada bahagian hadapan terdapat kamera 16MP dengan aperture f/2.0
Selain itu, Honor 8X ini akan turut hadir dengan GPU Turbo, 4D Smart Shock dan sokongan tiga kad (2 SIM + 1 MicroSD).
Buat masa ini masih belum ada maklumat harga dan kapasiti Honor 8X yang akan ditawarkan di Malaysia.
Honor 8X ini dijangka akan mempunyai harga penjualan sekitar RM 800-1200.