Honor 8X dan 8X Max dilancarkan dengan harga dari RM 841
![Honor 8X dan 8X Max dilancarkan dengan harga dari RM 841 1 Honor 8X dan 8X Max dilancarkan dengan harga dari RM 841 1](https://mobilefokus.com/wp-content/uploads/2018/09/6B72B683-8732-4EFB-8FF3-B69DE1A08E18.jpeg)
Honor secara rasminya telah memperkenalkan dua model telefon pintar baru yang dikenali sebagai Honor 8X dan Honor 8X Max.
Honor 8X hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Kirin 710, dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 6GB, 64GB atau 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh dengan sokongan pengecasan pantas.
Kamera 8X adalah 20MP + 2MP dibahagian belakang manakala pada bahagian hadapan terdapat kamera 16MP dengan aperture f/2.0
Beralih kepada Honor 8X Max, ianya hadir dengan skrin paparan gergasi berukuran 7.12-inci dengan reka bentuk skrin waterdrop dan bateri berkapasiti 5,000mAh.
Tidak seperti Honor 8X, Honor 8X Max hadir dengan pemproses Snapdragon 636 dengan 4GB RAM ( versi SD660 dengan 6GB RAM akan mula ditawarkan pada bulan Oktober).
Honor 8X Max hadir dengan tetapan dwi-kamera 16MP+2MP manakala kamera selfie 8MP f/2.0.
Honor 8X dan Honor 8X Max akan mula ditawarkan pada 11 September ini dengan harga penjualan seperti berikut :
Honor 8X 4GB/64GB – CNY 1,399 (RM 841)
Honor 8X 6GB/64GB – CNY 1,599 (RM 961)
Honor 8X 6GB/128GB – CNY 1,899 (RM 1,141)
Honor 8X Max pula hadir dengan harga penjualan seperti berikut :
Honor 8X Max 4GB/6GB – CNY 1,499 (RM 901)
Honor 8X Max 4GB/128GB -CNY 1,799 (RM 1,081)