Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 6.1 Plus dan Nokia 5.1 Plus akan dilancarkan di Malaysia 26 September ini

HMD Global secara rasminya telah mengesahkan bahawa Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus akan dilancarkan di Malaysia pada 26 September ini.

Nokia 5.1 Plus dan Nokia 6.1 Plus adalah nama antarabangsa bagi Nokia X5 dan Nokia X6 yang telah mula ditawarkan di pasaran China.

Nokia 5.1 Plus ini hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 5.86-inci dengan nisbah skrin-kepada-rangka 84%, pemproses MediaTek Helio P60, 3GB  atau 4GB RAM yang dipadankan bersama 32GB atau 64GB storan dalaman.

Nokia 5.1 Plus ini juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang, kamera utama 13MP + 5MP  dengan aperture f/2.0, kamera selfie 8MP dengan aperture f/2.2 yang turut menyokong mod AI Portrait.

Nokia 5.1 Plus ini juga memiliki bateri berkapasiti 3,060mAh dan Sistem operasi Android 8.1 (Android One).

Nokia 5.1 Plus ini hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, tembaga dan biru.

Bercakap mengenai Nokia 6.1 Plus pula, ianya hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.8-inci, pemproses Snapdragon 636, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Nokia 6.1 Plus ini juga memiliki tetapan kamera 16MP + 5MP dengan sensor kedua adalah monokrom. Kamera selfie Nokia 6.1 Plus juga adalah unit 16MP ( dengan bantuan AI dan mod Bothie)

Nokia 6.1 Plus ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,060mAh( USB-C), sensor capjari dibahagian belakang, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.0 dan sistem operasi Android Oreo.

Nokia 6.1 Plus ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu putih dan hitam.

Buat masa ini masih harga penjualan bagi kedua-dua model ini di Malaysia masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.