Huawei melancarkan pemproses Kirin 980 yang merupakan cip 7nm pertama didunia
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Huawei menggunakan pentas IFA untuk mengumumkan generasi baru pemproses Kirin yang akan digunakan pada model siri Huawei Mate yang akan dilancarkan pada bulan Oktober.
Huawei HiSilicon Kirin 980 telah diumumkan secara rasmi dan menjadi pemproses pertama didunia untuk hadir dengan proses pembuatan cip 7nm yang menjanjikan peningkatan pretasi dan penjimatan berbanding pemproses Kirin 9£0 yang berasaskan cip 10nm.
Huawei mendakwa bahawa pemproses Kirin 980 ini akan menawarkan 37% peningkatan pretasi berbanding cip Kirin 970 yang digunakan oleh Huawei P20 dan P20 Pro ( dan banyak lagi model).
Bercakap mengenai grafik, Kirin 980 dipadankan dengan GPU Mali-G76 yang diumumkan pada bulan Mei yang lalu dan ianya adalah 46% lebih baik dan 178% lebih efisen berbanding Mali-G72 yang ditawarkan bersama Kirin 970.
Huawei juga secara tidak langsung memberikan perbandingan dengan pemproses Snapdragon 845 dimana prestasi keseluruhan adalah 20% lebih baik dan 40% lebih efisien.
Kirin 980 juga menjadi pemproses pertama untuk menyokong memori 2133MHz LPDDR4X dan hafir dengan dua cip NPU yang dikenali sebagai “Dual-Brain Power”.
“Dual-Brain Power” yang dimiliki oleh Kirin 980 ini mampu mengesan hampir 4,5000 gambar seminit iaitu 120% lebih pantas berbanding Kirin 970.
Selain itu, Kirin 980 juga hadir dengan sokongan rangkaian LTE Cat 21 dan WiFi selaju 1.73Gbps.
Selain itu, pemproses Kirin 980 juga hadir dengan teknologi ISP yang lebih baik berbanding Kirin 970.
Sebagai penutup, Huawei telah mengesahkan bahawa pemproses Kirin 980 akan digunakan pada Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro yang akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Oktober 2018.