Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo R17 Pro dilancarkan secara rasmi dengan tiga sensor kamera dan SuperVOOC

Oppo secara rasminya telah melancarkan Oppo R17 Pro yang hadir dengan spesikasi kelas flagship dan sebagai salah satu alternatif kepada telefon pintar futuristik Oppo Find X dan juga telefon pintar kedua selepas Huawei P20 Pro untuk hadir dengan teknologi tri-kamera.

Oppo R17 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.4-inci yang memiliki reka bentuk skrin waterdrop seperti pada Oppo F9 yang dilancarkan di Malaysia minggu lalu. Oppo R17 Pro juga menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan gelas keselamatan Corning Gorilla 6 selain nisbah skrin kepada rangka 91.5%.

Oppo R17 Pro hadir dengan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 710, 8GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan sensor capjari terbina didalam skrin (tiada sensor capjari fizikal).

Bercakap mengenai kamera belakang Oppo R17 Pro, ianya memiliki tiga sensor kamera yang mana salah satu daripada sensor kamera ini adalah unit 12MP yang memiliki aperture boleh ubah f/1.5-f/2.4 yang dikatakan sama seperti pada Galaxy Note9 dan Galaxy S9+. Sensor kedua pula adalah unit 20MP manakala unit kamera ketiga adalah kamera 3D TOF yang mempunyai fungsi pengambilan gambar 3D dan banyak lagi.

Oppo R17 Pro juga memiliki kamera selfie 25MP yang mempunyai aperture f/2.0 dan sudah pastinya dengan teknologi AI Beauty.

Oppo R17 Pro juga hadir dengan ciri yang tidak dimiliki oleh versi biasa Oppo Find X iaitu teknologi pengecasan pantas 50W SuperVOOC yang hanya ditawarkan pada Oppo Find X edisi Lamborghini. Bateri Oppo R17 Pro ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 1,850mAh setiap satu (3,700mAh) dan menjanjikan pengecasan ke tahap 40% didalam masa 10 minit sahaja.

Oppo R17 Pro ini hadir dengan ColorOS 5.2 yang berasaskan Android 8.1 Oreo dengan warna-warna gradasi yang unik.

Oppo R17 Pro akan mula ditawarkan di pasaran China mulai pertengahan bulan Oktober dengan harga penjualan CNY 4,299 (RM 2,577).

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai pelancaran telefon pintar ini ke pasaran antarabangsa namun masih ada harapan untuk menyaksikan telefon pintar ini dilancarkan di pasaran luar China khususnya di Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.