Huawei Mengatasi Apple Untuk Menjadi Pengeluar Telefon Pintar No.2 Dunia
Huawei Consumer Business Group (CBG) telah mengumumkan prestasi kewangan bagi 6 bulan pertama tahun 2018 yang telah menunjukkan peningkatan kukuh dengan 95 juta unit telefon pintar telah dijual.
Menurut laporan daripada IDC, Huawei telah melonjak ke tangga ke-2 pengeluar telefon pintar terbesar dunia pada suku kedua 2018 dengan pegangan pasaran 15.8%.
Pencapaian ini adalah kerana pertumbuhan perniagaan Huawei yang sangat memberangsangkan sejak 6 bulan kebelakangan ini.
Berikut adalah beberapa statistik mengenai produk-produk Huawei :
- 9 juta unit Siri Huawei P20 telah dijual secara global
- 10 juta unit siri Huawei Mate 10 telah terjual sejak pelancaran
- Lebih 50 juta unit telefon pintar siri Huawei NOVA telah terjual diseluruh dunia ( peningkatan 60% berbanding tahun 2017).
- peranti pemakaian pintar ‘wearables’ Huawei meningkat 147% berbanding tahun 2017.
Huawei juga bercadang untuk membuka 10,000 stor penjualan dan 700 stor ‘Huawei Experience Store’ diseluruh dunia sebelum berakhirnya tahun 2018.