Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi A2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 999 sahaja

Xiaomi Mi A2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 999 sahaja 1

Mi Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Android One terbaru mereka iaitu Mi A2 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 3 Ogos ini dengan harga penjualan yang amat kompetitif iaitu dari RM 999 sahaja.

Xiaomi Mi A2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 999 sahaja 2

Mengulas kembali spesifikasi Xiaomi Mi A2 ini, ianya hadir dengan reka bentuk aluminium unibodi dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 5.99-inci, ianya memiliki resolusi 1080 x 2160 piksel dan turut dilapisi dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

 Xiaomi Mi A2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 999 sahaja 3

Xiaomi Mi A2 hadir dengan pemproses Snapdragon 660, dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4GB/64GB dan 6GB/128GB.

Xiaomi Mi A2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 999 sahaja 4

Fotografi pada Mi A2 juga dititik beratkan dan buktinya adalah dengan penawaran teknologi dwi-kamera 20MP + 12MP dibahagian belakang. Ianya adalah sensor Sony IMX376 dengan aperture f/1.75 dan sensor 12MP IMX486 dan kedua-dua sensor ini adalah sensor kamera RGB.

Bercakap mengenai kamera selfie pula, Mi A2 memiliki sensor 20MP IMX376 yang turut ditawarkan dengan flash LED dan sokongan penggambaran AI serta HDR.

Xiaomi A2 akan turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh dan dengan plak pengecasan 10W.

Xiaomi Mi A2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 999 sahaja 5

Xiaomi Mi A2 akan ini ditawarkan didalam warna hitam, biru dan emas dengan harga penjualan seperti berikut :

Mi A2 4GB/64GB – RM 999

Mi A2 6GB/128GB – RM 1,199

Penjualan pada 3 Ogos akan ditawarkan di Mi Store KLCC  sahaja dengan 200 pembeli pertama akan menerima topeng wajah SKII dan tripod selfie secara percuma.

Xiaomi Mi A2 dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 999 sahaja 6

           Zenfone 5z bersebelahan Mi A2

Selain itu, mulai 4 Ogos, Mi A2 ini sudah boleh dibeli di semua Mi Stor seluruh negara dan juga melalui Lazada Malaysia.

Penyenaraian Mi A2 di Lazada boleh anda lihat di sini

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.