Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Brickspower – peranti pengecas tanpa wayar sebenar pertama didunia kini ditawarkan di Kickstarter

Apabila menyebut mengenai pengecasan tanpa wayar, ramai pastu terbayang bahawa anda boleh mengecas peranti anda tanpa meletakkanya pada mana-mana pad pengecasan mahupun menghentikan aktiviti atau kerja yang sedang anda lakukan.

Walaubagaimanapun, realitinya adalah walaupun dianggap sebagai pengecasan tanpa wayar, anda masih perlu meletakkan peranti anda disatu tempat iaitu diatas pad pengecasan.

Disebabkan ini, pergerakan anda sudah pastinya terbatas sekaligus tidak membawa maksud sebenar pengecasan tanpa wayar ini.

Menyedari hal ini, Libtech secara rasminya telah mengumumkan projek Brickspower yang merupakan satu peranti pengecasan tanpa wayar sebenar pertama dipasaran.

Brickspower ini dilancarkan di platform ‘crowdfunding’ Kickstarter dan ianya mampu mengecas peranti anda tanpa memerlukan anda berada di satu tempat mahupun menghentikan kerja anda.

Brickspower ini akan melekap pada peranti anda dan iany menyokong segala jenis pengecasan tanpa wayar iaitu FCC , CE dan QI.

Pengunaan Brickspower juga memastikan jangka hayat bateri terjamin kerana ianya secara konsisten mengawasi kadar pengecasan selain mempunyai sensor pengawal suhu terbina.

Pengecas tanpa wayar Brickspower dengan kapasiti 2,400mAh ini kini sudah mula ditawarkan di KickStarter pada harga serendah $24( RM 97) iaitu 40% lebih rendah berbanding harga penjualan rasmi.

Dapatkan Brickspower yang menyokong kebanyakkan peranti Android dan iOS sekarang.

nantikan ulasan kami mengenai Brickspower ini didalam masa terdekat

Klik di SiNi 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.