Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi A2 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,199

Xiaomi Mi A2 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,199 1

Xiaomi Mi A2 yang dilancarkan secara rasmi bersama-sana Mi A2 Lite nampaknya telah disenaraikan di Lazada Malaysia.

Penyenaraian ini mendedahkan kita maklumat penting bahawa Xiaomi Mi A2 akan mempunyai harga penjualan RM 1,199 sahaja.

Xiaomi Mi A2 adalah peranti yang lebih premium berbanding Mi A2 Lite dan juga Mi A1 yang digantikan oleh model ini.

Xiaomi Mi A2 hadir dengan reka bentuk aluminium unibodi dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 5.99-inci, ianya memiliki resolusi 1080 x 2160 piksel dan turut dilapisi dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5. 

 Xiaomi Mi A2 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,199 2

Xiaomi Mi A2 hadir dengan pemproses Snapdragon 660, tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4GB/32GB, 4GB/64GB dan 6GB/128GB ( hanya versi paling premium ditawarkan untuk pasaran Malaysia setakat ini).

Fotografi pada Mi A2 juga dititik beratkan dan buktinya adalah dengan penawaran teknologi dwi-kamera 20MP + 12MP dibahagian belakang. Ianya adalah sensor Sony IMX376 dengan aperture f/1.75 dan sensor 12MP IMX486 dan kedua-dua sensor ini adalah sensor kamera RGB.

Bercakap mengenai kamera selfie pula, Mi A2 memiliki sensor 20MP IMX376 yang turut ditawarkan dengan flash LED dan sokongan penggambaran AI serta HDR.

Xiaomi A2 akan turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh dan dengan plak pengecasan 10W.

Xiaomi Mi A2 akan ini ditawarkan didalam warna hitam, biru dan emas dan hanya ditawarkan didalam kapasiti 6GB/128GB.

Penjualan belum bermula namun ianya dijangka akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Penyenaraian Mi A2 di Lazada boleh anda lihat di sini 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.