Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dron Hover Camera Passport kini dibuka untuk tempahan di Malaysia pada harga RM 1,260

Gadget Good Asia secara rasminya telah mengumumkan bahawa dron Hover Camera Passport kini telah dibuka untuk tempahan pada harga penjualan istimewa bernilai RM 1,260 sahaja.

Dron seberat 224gram ini hadir dengan teknologi pengecaman wajah yang akan sentiasa mengikuti anda dan juga boleh mengambil gambar anda dengan arahan menggunakan tangan.

Hover Camera Passport hadir dengan kebolehan merakam video 4K, pengambilan gambar 13MP, video panorama 360 dan kawalan sepenuhnya menggunakan aplikasi pada telefon pintar ( disambungkan melalui rangkaian WiFi peribadi).

Hover Camera Passport juga mempunyai kelajuan maksima 27.35km/jam dengan jarak ketinggian 19 meter.

Tempahan Hover Camera Passport kini boleh dibuat melalui laman sesawang Gadget Good Asia pada harga RM 1,260 sahaja iaitu 20% lebih murah berbanding harga penjualan asal.

Tempahan boleh dibuat sehingga 31 Julai ini sebelum penghantaran bermula pada 16 Ogos hadapan.

Tempah Hover Camera Passport di SiNi 

 

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.