Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi A2 dan Mi A2 Lite akan dilancarkan 24 Julai ini

Xiaomi Mi A2 dan Mi A2 Lite akan dilancarkan 24 Julai ini 1

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa syarikat ini akan memperkenalkan dua telefon pintar Android One ke pasaran antarabangsa.

Pelancaran dua telefon pintar Android One yang akan diadakan di Sepanyol ini akan berlangsung pada 24 Julai ini dan akan dikenali sebagai Mi A2 dan Mi A2 Lite.

Xiaomi A2 dikatakan akan berasaskan pada model Xiaomi Mi 6X yang dilancarkan beberapa bulan lalu.

Xiaomi Mi 6X dilancarkan secara rasmi dengan dwi-kamera AI 20MP dengan harga dari RM989

Xiaomi Mi A2 dan Mi A2 Lite akan dilancarkan 24 Julai ini 2

Xiaomi Mi A2 dijangka akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD FHD+ berukuran 5.99-inci, pemproses 8-teras Qualcomm Snapdragon 660 dengan kelajuan 2.2GHz, GPU Adreno 512, sensor capjari pada panel belakang dan teknologi ‘face unlock’.

Xiaomi Mi A2 juga hadir dengan kapasiti RAM sehingga 6GB, kapasiti memori simpanan dalaman sehingga 128GB, sokongan Project Treble, sistem operasi Android 8.1 Oreo yang tules dan tidak lupa bateri berkapasiti 3,010mAh dengan teknologi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0.

Xiaomi Mi A2 dan Mi A2 Lite akan dilancarkan 24 Julai ini 3

Xiaomi A2 dijangka akan memiliki sensor kamera utama 12MP Sony IMX486 yang mempunyai aperture f/1.7 dengan saiz sensor 1.25 μm piksel. unit kamera kedua dibahagian belakang adalah kamera 20MP Sony IMX376 yang ditugaskan untuk mengambil gambar portrait dan gambar waktu malam yang lebih baik. Kamera Selfie Mi A2 juga adalah unit kamera 20MP Sony IMX376 .

Bercakap mengenai Mi A2 Lite pula, ianya dijangka hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.84-inci, pemproses Snapdragon 625, sehingga 4GB RAM, 64GB storan dalaman dan bateri berkapasiti sekitar 3,900mAh.

Xiaomi Mi A2 Lite ini akan hadir dengan tetapan dwi-kamera 12MP + 5MP manakala kamera selfie mungkin menggunakan sensor 5MP.

Nantikan maklumat harga dan spesifikasi rasmi Xiaomi Mi A2 dan Mi A2 Lite selepas pelancaran minggu hadapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.