Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 6X dilancarkan secara rasmi dengan dwi-kamera AI 20MP dengan harga dari RM989


Selepas hangat diperkatakan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Xiaomi akhirnya telah memperkenalkan telefon pintar utama mereka iaitu Xiaomi Mi 6X yang hadir dengan teknologi dwi-kamera yang didakwa mampu mengatasi prestasi Oppo R15 dan Apple iPhone X.

Fokus utama pada Xiaomi Mi 6X adalah dari kamera, ianya memiliki sensor kamera utama 12MP Sony IMX486 yang mempunyai aperture f/1.7 dengan saiz sensor 1.25 μm piksel. unit kamera kedua dibahagian belakang adalah kamera 20MP Sony IMX376 yang ditugaskan untuk mengambil gambar portrait dan gambar waktu malam yang lebih baik. Kamera Selfie Mi 6X juga adalah unit kamera 20MP Sony IMX376 .

Xiaomi Redmi Note 5 dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga dari RM 799

AI dan kamera kini semakin sudah sinonim dan Xiaomi juga tidak ketinggalan didalam menawarkan teknologi AI pada kamera Mi 6X, ianya dikatakan mampu menawarkan penambahbaikan bagi 206 adengan termasuk bagi 12 mod potrait.


Beralih kepada spesfikasi dalaman, Xiaomi Mi 6X hadir dengan skrin paparan IPS LCD FHD+ berukuran 5.99-inci, pemproses 8-teras Qualcomm Snapdragon 660 dengan kelajuan 2.2GHz, GPU Adreno 512, sensor capjari pada panel belakang dan teknologi ‘face unlock’.

Xiaomi Mi 6X juga hadir dengan kapasiti RAM sehingga 6GB, kapasiti memori simpanan dalaman sehingga 128GB, sokongan Project Treble, MIUI 9.5 berasakan Android 8.1 Oreo dan tidak lupa bateri berkapasiti 3,010mAh dengan teknologi pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge 3.0.

Xiaomi Mi 6X ini akan hadir didalam lima warna iaitu emas ros, merah, emas, biru dan hitam.

Xiaomi Mi 6X akan ditawarkan didalam tiga konfigurasi RAM dan memori storan dalaman :

Mi 6X 4GB/64GB – CNY 1,599 (sekitar RM 989)
Mi 6X 6GB /64GB – CNY 1,799 (sekitar RM 1113)
Mi 6X 6GB /128GB – CNY 1,999 (sekitar RM 1237)

Persoalan utama yang masih bermain difikiran kami adalah sama ada Xiaomi Mi 6X ini akan ditawarkan sebagai Mi 6X di pasaran antarabangsa ( termasuk Malaysia) atau sebagai telefon pintar Android One menggantikan Xiaomi Mi A1.

Pada pendapat kami, terdapat kemungkinan besar Xiaomi Mi 6X akan dilancarkan sebagai Mi A2 di pasaran Malaysia dan ianya mungkin tiba ke pasaran Malaysia seawal bulan hadapan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.