Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee umum kempen Demam Bola Bersama Shopee dengan peluang memenangi tiket perlawanan akhir Piala Dunia

Shopee umum kempen Demam Bola Bersama Shopee dengan peluang memenangi tiket perlawanan akhir Piala Dunia 1

Dengan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kejohanan bola sepak Piala Dunia FIFA bermula, Shopee telah mengumumkan pelancaran kempen Demam Bola bersama Shopee yang akan berlangsung dari 14 Jun sehingga 15 Julai 2018 dengan peluang untuk  menonton perlawanan akhir kejohanan piala dunia pada 15 Julai 2018 di Russia.

Selain kejohanan bola sepak FIFA, pertandingan bola sepak Piala Malaysia juga akan bermula dan ianya ditaja oleh Shopee.

Shopee umum kempen Demam Bola Bersama Shopee dengan peluang memenangi tiket perlawanan akhir Piala Dunia 2

Anda hanya harus menyertai pertandingan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang menampilkan pasukan kegemaran rakyat Malaysia seperti JDT, Pahang FA dan Kedah FA. Pertandingan tersebut dilancarkan sebagai tanda penghormatan kepada pasukan dan bakat dalam arena bola sepak tempatan ini akan dianjurkan setiap hari Isnin dan Khamis sepanjang tempoh peraduan di laman Facebook rasmi Shopee. 

Pengguna juga perlu mengundi pasukan kegemaran mereka dan memenangi pertandingan mini termasuk trivia menarik berkaitan bola sepak, meneka keputusan perlawanan dan banyak lagi untuk membolehkan ‘Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ ditampilkan di papan tanda utama. 

Dengan membeli-belah di Shopee juga, pengguna boleh mendapatkan mata dalam pertandingan ini.

Shopee berharap sokongan terhadap Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia ini akan meningkatkan  penjualan tiket dan cenderahati khususnya di plaform e-dagangan Shopee.

Sebagai ganjaran kepada peminat tegar bola sepak, majlis tontonan tersebut akan diadakan di negeri pasukan yang dinobatkan sebagai pemenang ‘Pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia’ yang akan diumumkan pada 29 Jun 2018. Selain itu, peminat pasukan tersebut juga akan pulang dengan membawa hadiah berupa baucar tunai bernilai sehingga RM500,000. Shopee juga akan mengumumkan pemain terbaik (most valuable player) setiap Rabu bagi pengguna yang mengutip mata tertinggi setiap minggu.

Sepanjang tempoh ini, peminat boleh mendapatkan pelbagai produk berasaskan sukan seperti pakaian dan kelengkapan bola sepak dengan potongan harga sehingga 90% di platform Shopee.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.