Oppo Find X akan hadir dengan teknologi dwi-kamera 5x zoom dan pengecasan Super VOOC
Oppo telah mengesahkan pelancaran Oppo Find X pada 19 Jun ini dan ianya akan hadir dengan beberapa teknologi baru yang pertama kali akan digunakan pada telefon pintar Oppo.
Dwi kamera dengan 5x zoom
Sebagai jenama telefon pintar yang sudah terkenal didalam penawaran teknologi kamera yang baik, Oppo telah mengumumkan satu teknologi dwi-kamera 5x zoom yang menggunakan lensa lebar dan lensa telefoto.
Lensa telefoto ini hadir dengan struktur periskop yang membolehkan lensa ini mempunyai ruang untuk mencapai pengzooman yang dipusing sebanyak 90 darjah. Prisma dengan struktur periskop kemudian menghalakan cahaya pada 90 darjah yang dihantar kepada lensa telefoto apabila pengguna mula melakukan zoom.
Teknologi struktur periskop ini menjanjikan modul dwi-kamera ini menawarkan prestasi kamera yang lebih baik dan pada masa yang sama mengekalkan kenipisan peranti.
Modul dwi kamera 5x zoom ini mempunyai ketebalan 5.7mm iaitu 10% lebih nipis berbanding modul kamera 2x pengzooman optik yang boasa digunakan didalam industri telefon pintar.
Pengecasan pantas Oppo Super VOOC
Oppo telah memperkenalkan teknologi pengecasan terbaru yang dikenali sebagai Super VOOC Flash Charge yang merupakan versi pengecasan yang lebih baik berbanding VOOC Flash Charge yang diperkenalkan pada tahun 2014 dan digunakan pada hampir 18 juta pengguna.
Teknologi pengecasan Super VOOC Flash Charge ini membawa era pengecasan pantas ke satu tahap yang baru dimana ianya mampu menawarkan 10 jam jangka hayat telefon pintar didalam pengecasan lima minit sahaja.
Selain itu, teknologi pengecasan Super VOOC Flash Charge juga mampu memenuhkan bateri berkapasiti 2,500mAh didalam masa hanya 15-minit.
Teknologi pengecasan pantas Super VOOC Flash menggunakkan algoritma voltan rendah 5V yang memastikan suhu pengecasan yang rendah dan selamat.
Pengecasan Super VOOC Flash juga akan menyokong slot pengecasan Micro USB dan USB type-C.