harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 2 Lite kini ditawarkan didalam warna merah jambu

Huawei Nova 2 Lite kini ditawarkan didalam warna merah jambu 1

Huawei Nova 2 Lite yang dilancarkan ke pasaran Malaysia beberapa bulan lalu kini ditawarkan didalam warna baru yang sudah pastinya mampu menarik hati golongan feminin.

Sebaik sahaja kami mengatakan bahawa ianya mampu menarik hati golongan feminin, anda pasti sudah tahu bahawa warna baru Nova 2 Lite yang ditawarkan di Malaysia adalah merah jambu.

Menangi hadiah lumayan sehingga RM 6 Juta pada karnival Huawei yang akan berlangsung pada 9 & 10 Jun ini

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Beralih kepada spesifikasi, Huawei Nova 2 Lite ini hadir dengan reka bentuk berasaskan rangka polikarbonat yang mempunyai kemasan berkilau ataupun didalam kemasan matte dengan skrin paparan FHD+ berukuran 5.99-inci sebagai tarikan utama.

Huawei Nova 2 Lite kini ditawarkan didalam warna merah jambu 2

Sedikit pelik, Huawei memutuskan untuk menggunakan pemproses dari Qualcomm iaitu Snapdragon 430 dan bukanya pemproses Kirin.

Selain itu, Nova 2 Lite juga memiliki 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Huawei Nova 2 Lite kini ditawarkan didalam warna merah jambu 3

Beralih kepada bahagian kamera, Huawei Nova 2 Lite hadir dengan teknologi dwi-kamera 13MP+2MP pada bahagian belakang yang mempunyai fungsi kesan bokeh dan turut mempunyai pemfokusan PDAF dan flash led.

Huawei Nova 2 Lite kini ditawarkan didalam warna merah jambu 4

Bercakap mengenai fotografi selfie pula, Huawei Nova 2 Lite akan memiliki kamera 8MP dengan aperture f/2.0 yang turut memiliki teknologi lampu flash “Smart Selfie Toning Flash” yang mengubah cahaya flash untuk gambar selfie yang lebih semulajadi.

Selain itu, Huawei Nova 2 Lite juga memiliki sensor capjari, sokongan 4G LTE dan VoLTE , teknologi pembukaan melalui wajah, EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo dan sokongan dwi-SIM.

Huawei Nova 2 Lite kini ditawarkan pada harga RM 754 

harimaubet