Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Porsche Design Mate RS akan dilancarkan di Malaysia 18 Mei dengan harga RM 6,999

Huawei Porsche Design Mate RS akan dilancarkan di Malaysia 18 Mei dengan harga RM 6,999 1

Huawei Porsche Design Mate RS kini telah disahkan akan ditawarkan di pasaran Malaysia mulai 18 Mei ini pada harga penjualan mewah iaitu RM 6,999.

Sesuai dengan harganya, sebanyak 200 unit Huawei Porsche Design Mate RS sahaja akan ditawarkan pada 18 Mei ini.

Huawei Porsche Design Mate RS akan dilancarkan di Malaysia 18 Mei dengan harga RM 6,999 2

Huawei Porsche Design Mate RS hadir dengan skrin paparan melengkung AMOLED QHD berukuran 6.0-inci dengan nisbah skrin 18:9 namun tanpa takukan pada skrin dan lebih menarik ialah, Mate RS menjadi telefon pintar kedua didunia untuk hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin – Vivo X20 Plus UD merupakan model yang pertama.

ULASAN : Huawei P20 – Teknologi fotografi profesional kini boleh digunapakai oleh semua

Anda hanya perlu menyentuh pada skrin untuk mengaktifkan telefon pintar dan terdapat juga sensor capjari fizikal dibahagian belakang.

Huawei Mate RS hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli dan gelas.

Huawei Porsche Design Mate RS akan dilancarkan di Malaysia 18 Mei dengan harga RM 6,999 3

Huawei Porsche Design Mate RS yang akan ditawarkan di Malaysia hadir didalam warna hitam sahaja kerana warna merah hanya eksklusif untuk pasaran China.

Huawei Porsche Design Mate RS akan dilancarkan di Malaysia 18 Mei dengan harga RM 6,999 4

Huawei Mate RS hadir dengan tetapan tri-kamera yang ditawarkan pada P20 Pro namun kini diletakkan dibahagian tengah dan ianya adalah sensor 40MP + 8MP + 20MP yang menawarkan 5x zoom hibrid, video gerak perlahan 960fps, ISO tertinggi dan ciri AI fotografi.

Kirin 970 sekali lagi mendapat kepercayaan khusunya bagi tujuan AI dan dipadankan dengan 6GB RAM dan kapasiti memori dalaman iaitu 256GB.

Huawei Porsche Design Mate RS akan dilancarkan di Malaysia 18 Mei dengan harga RM 6,999 5

Selain itu, Mate RS juga memiliki bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Huawei SuperCharge, pembesa suara stereo, kamera selfie 24MP dan pengecasan tanpa wayar.

Huawei Mate RS ini akan ditawarkan pada harga RM 6,999 dan pembeli akan turut menerima kad VIP yang memberikan akses eksklusif kepada Tealive, Celebrity Fitness, iflix, Zouk dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.