Penjualan telefon pintar Neffos meningkat sebanyak 300%
Neffos, jenama telefon pintar yang dimiliki TP-Link boleh dikatakan antara pendatang baru di arena telefon pintar.
Walaupun statistik penjualan telefon pintar dunia yang dikeluarkan oleh IDC menunjukkan penurunan sebanyak 6.3 peratus pada suku pertama 2018, penjualan telefon pintar Neffos telah meningkat sebanyak 300%.
Peningkatan purata sebanyak 300% daripada Neffos adalah meliputi pasaran global yang mana secara terperinci peningkatan penjualan di Eropah Timur dan Asia adalah 338%, 270% di Eropah Barat dan peningakatan 148% di Amerika Selatan.
Peningkatan penjualan telefon pintar Neffos adalah kerana portfolio profuk yang lebih menyeluruh antaranya seperti Neffos X1 Lite, Neffos C5, Neffos Y5 dan model Neffos C7 dan Neffos N1 yang lebih memfokuskan kepada penawaran teknologi dwi kamera dan pro selfie pada harga yang berpatutan.
Neffos juga telah mendapat sambutan yang baik di pasaran Malaysia dan beberapa bulan lalu telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Neffos N1 dengan harga penjualan RM 1,099