Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC U12+ akan dilancarkan secara rasmi 23 Mei ini

HTC U12+ akan dilancarkan secara rasmi 23 Mei ini 1

Selepas pelancaran LG G7 ThinQ, HTC tidak menunggu lama  untuk mengesahkan bahawa telefon pintar ‘Flagship’ mereka iaitu HTC U12+ akan dilancarkan secara rasmi pada 23 Mei ini.

HTC U12+ akan dilancarkan secara rasmi 23 Mei ini 2

Berdasarkan khabar angin, HTC U12+ dijangka akan hadir dengan skrin paparan 18:9 QuadHD+ berukuran 5.5-inci ( tanpa notch dan dengan lapisan Gorilla Glass 5 ), pemproses Qualcomm Snapdragon 845, 8GB RAM dan memori simpanan dalaman 128GB.

  HTC U12+ akan dilancarkan secara rasmi 23 Mei ini 3

HTC U12+ juga akan menyaksikan penggunaan dwi-kamera pada bahagian hadapan dan belakang dengan kamera hadapan adalah dua unit sensor 8MP manakala pada bahagian belakang, dua sensor UltraPixel 12MP dengan aperture f/1.5 dan OIS akan disertakan.

Selain itu, HTC U12+ juga akan hadir dengan Edge Sense 2, sensor capjari, pembesar suara HTC BoomSound,  audio resolusi tinggi, Wi-Fi 802.11ac, NFC, bateri berkapasiti sekitar 3,500mAh, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan pantas Quick Charge 4.0.

Selain pelancaran HTC U12+, syarikat Taiwan ini juga dilaporkan akan melancarkan satu lagi model yang dikenali sebagai HTC U12.

HTC U12+ akan dilancarkan secara rasmi 23 Mei ini 4HTC U12+ akan dilancarkan secara rasmi 23 Mei ini 5

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.