Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Max Pro M1 dijangka akan dilancarkan bulan hadapan

Asus yang sedikit menyepi selepas pelancaran ZenFone 5 dan ZenFone 5z nampaknya akan memperkenalkan satu telefon pintar baru yang akan dikenali sebagai Asus ZenFone Max Pro M1.

Berdasarkan gambar yang dimuat turun oleh Evan Blass melalui akaun twitter @evleaks, ZenFone Max Pro M1 ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan 18:9 (mungkin resolusi 1080p memandangkan ZenFone Max Plus M1 hanya hadir dengan skrin paparan 720p), pemproses Qualcomm Snapdragon 636, 4GB RAM dan slot 2 SIM + microSD.

Selain itu, Asus ZenFone Max Pro M1 ini juga akan memiliki sensor capjari dibahagian belakang, tetapan dwi-kamera dan akan beroperasi dengan sistem operasi Android yang asli.

Selain itu, Asus ZenFone Max Pro M1 ini dijangka akan hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan diharapkan juga akan mempunyai sokongan pengecasan pantas Qualcomm Quick Charge.

Asus ZenFone Max Pro M1 ini dijangka akan memasuki pasaran sekitar bulan Mei 2018 dengan harga penjualan mungkin sekitar RM 1,000- RM 1,299.

satu lagi model didalam siri ini ialah Asus ZenFone Max Plus M1 yang memiliki harga penjualan RM 899 dan ditawarkan di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.