Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LG V30 dengan waranti rasmi kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,199

LG V30 dengan waranti rasmi kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,199 1

LG V30 yang dilancarkan di IFA 2017 pada bulan September lalu kini telah mula dibuka untuk tempahan di pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan jaminan waranti rasmi dari LG Mobile Malaysia.

Pengedar G Store di Lazada dan Mobile2 Go kini telah membuka tempahan bagi LG V30 harga penjualan RM 3,199.

LG V30 dengan waranti rasmi kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,199 2

Bercakap mengenai LG V30, hadir dengan skrin paparan P-OLED berukuran 6.0-inci yang meliputi 82% panel hadapan dan turut menawarkan sokongan HDR10 dan ‘Always on Display’.

Selain itu, LG juga telah menyingkirkan penggunaan skrin kedua yang sinonim dengan siri V ini namun telah digantikan dengan floating bar.

LG V30 dengan waranti rasmi kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,199 3

Selain Skrin, Kamera LG V30 adalah sesuatu yang akan menjadi pertaruhan terbaik didalam pasaran, ianya hadir dengan teknologi dwi-kamera yang memiliki aperture f/1.6 ( aperture paling tinggi pernah digunakan pada telefon pintar) dan aperture f/1.9 pada kamera lensa lebar ( kamera 16MP + 13MP). Kamera hadapan adalah 5MP.

beralih kepada teknologi dalaman, LG V30 memiliki pemproses Qualcommm Snapdragon 835, 4GB RAM, dua pilihan ROM iatu 64GB atau 128GB dan bateri berkapasiti 3,300mAh ( dengan pengecasan tanpa wayar melalui USB-C selain pengecasan tanpa wayar). Huawei V30 juga memiliki pensijilan IP68, audio QuadDAC dan slot audio 3.5mm.

LG V30 yang ditempah dijangka akan dihantar kepada pelanggan mulai 11 April dan ianya ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan biru.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.