Xiaomi Mi Mix 2s dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 2,047
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan model susulan bagi Mi Mix 2 iaitu iaitu Mi Mix 2s yang hadir dengan tetapan dwi-kamera.
Bercakap mengenai skrin paparan, Xiaomi Mi Mix 2s hadir dengan skrin paparan IPS FHD+ berukuran 5.99-inci yang memenuhi keseluruhan panel hadapan dengan dilapisi gelas 2.5D.
Selain daripada itu, panel hadapan juga menempatkan satu unit kamera selfie 5MP dengan aperture f/2.0 yang diletakkan di sisi bahagian bawah.
Bercakap mengenai kamera utama yang ditawarkan pada Mi Mix 2s ini, ianya merupakan tetapan dwi-kamera 12MP yang mempunyai OIS pada kedua-dua sensor dan merupakan antara perubahan terbesar berbanding Mi Mix 2.
Salah satu unit kamera ini adalah sensor Sony IMX363 dengan aperture f/1.8 dan pemfokusan Dual Pixel manakala sensor telefoto adalah modul Samsung S5K3M3 dengan aperture f/2.4.
Selain itu, pada bahagian dalaman menyaksikan Mi Mix 2s hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang menawarkan peningakatan prestasi yang baik berbanding 835 tanpa meningkatkan pengunaan bateri yang ketara.
Xiaomi Mi Mix 2s juga hadir dengan MIUI 9.5 yang berasaskan Android 8.0 Oreo dan turut hadir dengan sistem bantuan suara maya XiaoAI yang eksklusif untuk pasaran China sahaja.
Selain itu, Mi Mix 2s juga hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar Qi dan ianya merupakan telefon pintar seramik pertama didunia untuk hadir dengan sokongan ini.
Mi Mix 2s hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh ( dengan Quick Charge 3.0), dwi-SIM, Bluetooth 5.0, NFC, model LTE X20 dan slot USB-C.
Xiaomi Mi Mix 2s hadir diddalam tiga konfigurasi RAM dan memori dengan harga penjualan seperti berikut :
6GB + 64GB – CNY 3,299 ( RM 2,047)
6GB + 128GB – CNY 3,599 (RM 2,326)
8GB + 256GB – CNY 3,99 ( RM 2,484)
Mi Mix 2s akan mula dijual pada bulan April dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.