Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P20 dan P20 Pro dilancarkan secara rasmi – sensor kamera 40MP

Huawei secara rasminya telah melacarkan Huawei P20 dan Huawei P20 Pro yang merupakan antara telefon pintar Android yang ditunggu-tunggu bagi tahun ini.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Siri P Huawei akan membawakan teknologi kamera yang baru dan tahun ini menyaksikan Huawei P20 Pro menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan tri-kamera Leica.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas yang dipadankan dengan rangka besi.

Bercakap mengenai skrin paparan yang dimiliki oleh Huawei P20 dan P20 Pro, ianya adalah skrin RGWB LCD Huawei Fullview berukuran 5.8-inci dan panel POLED berukuran 6.1-inci dengan nisbah 18:7:9.

Walaupun memiliki skrin paparan yang tinggi, Huawei telah memutuskan untuk meletakkan sensor capjari bagi Huawei P20 dan Huawei P20 Pro dibahagian hadapan khususnya kerana tidak mahu menggangu astetik panel belakang.

Huawei P20 akan hadir pemproses Kirin 970 dengan teknologi pemprosesan AI melalui NPU dan didalam kapasiti 4GB RAM + 64GB ROM manakala Huawei P20 Pro hadir dengan 6GB RAM + 128GB ROM.

Huawei P20 akan hadir dengan bateri berkapasiti 3,400mAh dengan ketebalan peranti 7.65mm manakala P20 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan ketebalan 7.8mm.

Kedua-dua model ini akan hadir dengan sokongan pengecasan pantas Huawei Super Charge yang didakwa 50% lebih pantas berbanding pengecasan pantas yang ditawarkan pada Samsung Galaxy S9.

Kamera

Huawei P20 akan hadir dengan kamera utama Leica generasi ke-3 iaitu unit kamera 12MP f/1.8 dan unit monokrom 20MP f/1.6.

Bercakap mengenai kamera Huawei P20 Pro pula, ianya hadir dengan kamera monokrom 20MP dengan aperture f/1.6, kamera sensor RGB 40MP dan satu lagi kamera telefoto 8MP.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro juga hadir dengan antara kamera selfie terbaik dipasaran iaitu unit kamera 24MP.

Sensor RGB 40MP yang dimiliki oleh Huawei P20 Pro adalah satu sensor yang hadir untuk merevolusikan industri telefon pintar.

Antara ciri kamera 40MP Huawei P20 Pro ini adalah
– Sensor ini adalah 95% lebih piksel berbanding kamera DSLR di pasaran.
– Piksel RGB 1.55um yang mana ianya 61% lebih besar dari iPhone X yang sudah pastinya memberikan hasil gambar yang lebih baik pada keadaan cahaya rendah
– memiliki ISO tertinggi di pasaran
– Piksel RGB 1.55um yang mana ianya 61% lebih besar dari iPhone X yang sudah pastinya memberikan hasil  gambar yang lebih baik pada keadaan cahaya rendah
– Pengambilan gambar mod night shot menggunakan tangan tanpa memerlukan tripod. ( AI akan membuang gambar yang kabur)
– Gambar ultrasnap shoot 0.3saat
– Video gerak perlahan ‘super slow motion’ 960fps pada resolusi 720p.
– lebih 500+ tetapan gambar bagi 19 kategori

Telefon pintar pertama didunia dengan tri-kamera Leica dan juga mendapat pengiktirafan sebagai telefon pintar pertama dengan lensa zoom Leica pertama didunia iaitu 2x zoom optik dan 5x zoom hibrid selain 10 x zoom digital.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro telah mendapat mata tertinggi didalam ujian Dxo Mark dengan markah keseluruhan 102 bagi P20 dan 109 bagi P20 Pro.

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro hadir didalam 4 pilihan warna iaitu hitam, emas, biru dan twillight ( dimana warna akan berbeza beza mengikut sudut anda melihat telefon pintar ini)

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro juga hadir dengan sensor capjari 360 darjah, Huawei Share,  dwi-SIM, Huawei Phone Clone, Huawei Health dan mod PC Huawei.

Huawei P20 akan hadir dengan harga penjualan €649 atau sekitar RM 3,111 iaitu bagi kapasiti 4GB RAM + 128GB ROM ( penjualan bermula hari ini).

Huawei P20 Pro pula akan mempunyai harga penjualan €899 iaitu sekitar RM 4,318 dengan kapasiti 6GB RAM +128GB ROM ( mulai 6 April 2018).

*maklumat dan gambar akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Huawei P20

Huawei P20 Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.