Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei telah meletakkan trak promosi P20 dan P20 Pro dihadapan stor Samsung dan Apple

Huawei P20 dan Huawei P20 Pro akan dilancarkan secara rasmi esok dan Huawei telah mengadakan satu kempen pemasaran yang sangat luar biasa dan mungkin tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pengeluar telefon pintar.

Huawei telah meletakkan trak promosi Huawei P20 dihadapan stor rasmi Apple dan Samsung di bandar-bandar utama di United Kingdom.

Huawei telah meletakkan trak ini berhampiran stor Apple dan Samsung dan trak ini membawa papan iklan yang tertulis perkataan “WAIT” dan “BE PATIENT” dengan huruf A dan I pada perkataan ini ditulis didalam warna merah menunjukkan bahawa Huawei P20 dan Huawei P20 Pro akan mempunyai sokongan AI.

Selain trak promosi ini, Huawei juga telah meletakkan grafiti dibandar-bandar utama dunia dengan slogan “A Renaissance in Photography” yang merujuk kepada teknologi kamera yang akan dimiliki oleh Siri Huawei P20.

Majlis pelancaran Huawei P20 dan Huawei P20 Pro akan diadakan di Paris pada 27 Mac ini dan ianya akan berlangsung pada jam 8 malam waktu Malaysia.

Anda boleh menonton majlis pelancaran rasmi Huawei P20 dan Huawei P20 Pro melalui laman FB atau di akaun YouTube rasmi Huawei Mobile yang mana pautan bagi pelancaran rasmi telah kami sertakan di bawah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.