Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact akan dilancarkan di Malaysia 22 Mac ini
Sony Mobile Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar utama Sony yang dilancarkan di MWC baru-baru ini akan tiba ke pasaran Malaysia pada 22 Mac ini iaitu pada hari Khamis ini.
Sony Xperia XZ2
Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact akan hadir dengan reka bentuk skrin 18:9 dengan saiz skrin 5.7-inci dan 5.0-inci iaitu pada resolusi FHD+ dengan sokongan Sony BRAVIA dan X-Reality dan tidak lupa pembesar suara stereo yang dikatakan paling lantang pernah ditawarkan pada peranti Xperia.
Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 akan hadir dengan teknologi kamera yang sama iaitu unit kamera 19MP dengan teknologi MotionEye yang menyokong rakaman video 4K, video gerak perlahan pada kadar 960fps (resolusi 1080p) dan 3D Creator. Kamera selfie yang ditawarkan pada model ini adalah unit 5MP.
Sony Xperia XZ2 Compact
Selain itu, Sony Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 juga hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman, pensijilan kali air IP68 dan sokongan pengecasan pantas Quick Charging 3.0( USB Type-C) bagi bateri berkapasiti 3,180mAh( Xperia XZ2) dan 2,870mAh (Xperia XZ2 Compact).
Selain itu, Sony Xperia XZ2 juga mendapat beberapa ciri tambahan seperti sokonhan pengecasan tanpa wayar Qi.
Buat masa ini masih belum ada maklumat harga penjualan bagi kedua-dua telefon pintar ini diketahui.