Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 2 dengan ketahanan bateri selama 2 hari kini ditawarkan di Malaysia

 

Nokia 2 dengan ketahanan bateri selama 2 hari kini ditawarkan di Malaysia 1

HMD Global telah melancarkan beberapa telefon pintar terbaru Nokia di sidang Mobile World Congress minggu lalu dan syarikat yang menghidupkan semula jenama lagenda Nokia hari ini mengumumkan penawaran Nokia 2 ke pasaran tempatan.

Nokia 2 adalah telefon pintar yang hadir dengan jangka hayat bateri sehingga 2 hari yang dilihat salah satu ciri penting bagi pengguna di Malaysia.

Nokia 2 mampu menawarkan jangka hayat bateri sehingga dua hari adalah kerana pengunaan cip pemprosesan efisen daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 212 yang disertakan dengan 1GB RAM dan 8GB memori simpanan dalaman ( sokongan slot microSD sehingga 128GB).

Nokia 2 dengan ketahanan bateri selama 2 hari kini ditawarkan di Malaysia 2

Selain itu, Nokia 2 yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu hadir dengan skrin paparan HD berukuran 5.0-inci, kamera utama 8MP dengan pemfokusan auto dan flash LED, kamera selfie 5MP dan sokongan dwi-SIM.

Selain itu, Nokia 2 juga mempunyai sokongan LTE Cat.4, Android Nougat, Bluetooth 4.1 dan WiFi 802.11 b/g/n.

Nokia 2 ini hadir dengan harga penjualan RM 439 ( Lazada menawarkanya pada harga RM 399 sahaja) dan ditawarkan didalam warna hitam, putih dan tembaga

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.