Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ulasan kamera Huawei P10 Plus – teknologi kamera DSLR pada telefon pintar

Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 1

Ulasan kamera Huawei P10 Plus – teknologi kamera DSLR pada telefon pintar

Huawei P10 Plus adalah generasi kedua telefon pintar utama Huawei untuk hadir dengan teknologi kamera berkembar yang dihasilkan hasil kerjasama Leica.

Kami telah berpeluang untuk menguji kebolehan evolusi dwi-kamera Huawei P10 Plus dan ulasan Huawei P10 Plus ini akan lebih memfokuskan kepada teknologi dan kebolehan kamera Huawei P10 Plus ini.

Sejak pelancaran telefon pintar Nexus 6P dengan kerjasama Google, Huawei dilihat sebagai salah satu pendahulu didalam teknologi kamera sehingga Apple, Samsung ( pada Note8) dan lain-lain peranti Android mengikut jejak langkah Huawei untuk menawarkan teknologi dwi-kamera.

Huawei P10 Plus hadir dengan dwi-kamera 20MP + 12MP yang mana sensor 20MP adalah monokrom diikuti sensor 12MP yang hadir dengan sensor RGB.

Kamera ini juga memiliki kesemua teknologi terkini seperti pengstabilan imej optik, zoom hibrid 2x, rakaman video 4K, flash dwi-tona, pemfokusan PDAF+CAF+ Laser dan pemfokusan auto ‘depth AF’.

Selain spesifikasi yang menarik, Huawei turut menawarkan P10 Plus dengan perisian kamera yang baik bagi Huawei P10 Plus, ianya hadir dengan edisi Pro dwi-kamera Leica 2.0 yang menawarkan pengecaman muka 3D, pencerahan dinamik dan penambahbaikan gambar potrait eksklusif Leica.

Kami telah diberikan peluang untuk mencuba kehebatan kamera yang dimiliki oleh Huawei P10 Plus dan ternyata kami amat kagum dengan kameranya. Huawei P10 Plus hadir dengan 7 mod pengambaran utama iaitu Monokrom, HDR, Panaroma, Night Shot, Light Painting, Time Lapse dan Slow-Mo.

Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 2

Selain itu, P10 Plus juga boleh mengambil gambar portrait yang setaraf dengan kamera DSLR dan terdapat juga mod wide aperture. Saya secara peribadi telah menggunakan peranti ini sebagai kamera harian untuk mengambil gambar ketika menghadiri Majlis pelancaran peranti pintar baru.

Walaupun pada mulanya saya mempunyai keraguan bahawa gambar yang diambil kelihatan sangat jelas dan tajam hanya kerana skrin paparan 2K yang dimiliki oleh Huawei P10 Plus namun apabila saya memindahkan gambar kepada komputer, kualiti gambar yang diambil masih sama seperti dilihat pada P10 Plus.

Selain itu, mod pengambilan gambar monokrom juga telah kami uji dan kerjasama dengan Leica dilihat membuahkan hasil yang baik.

Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 3

Beberapa gambar monokrom yang kami ambil dilihat sangat teliti dan mempunyai kecerahan yang mencukupi. Satu pendapat kami adalah mod monokrom ini lebih sesuai untuk pengambilan gambar pemandangan dan corak yang unik.

Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 4

Mod light painting yang diperkenalkan pada Huawei P8 masih ditawarkan pada P10 Plus dan mod ini membolehkan anda mengambil gambar lampu kereta, grafiti lampu, aliran air dan pergerakan bintang. Hasil gambar melalui mod ini sudah pastinya akan lebih baik jika anda menggunakan tripod.

Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 5

Pengambilan gambar portrait atau wide aperture Huawei P10 Plus ini dilihat lebih berkesan atau efisen apabila digunakan ketika mengambil gambar manusia berbanding objek dan kehadiran cahaya yang mencukupi juga merupakan aspek yang penting bagi menghasilkan gambar yang baik melalui mod ini.

Selain itu, Huawei P10 Plus juga hadir dengan mod manual atau pro yang mana anda mempunyai kebebasan untuk menetapkan kesemua jenis tetapan sebelum mengambil gambar. Mod ini membolehkan pakar fotografi mengambil gambar mengikut tetapan yang mereka kehendaki.

Selepas menggunakan Huawei P10 Plus selama hampir tiga minggu, kami dapat juga menyenaraikan kelebihan dan kekurangan telefon pintar utama Huawei ini.

Berikut adalah kelebihan dan kekurangan Huawei P10 Plus

Kelebihan

  • Skrin paparan 2k yang memberikan pengalaman multimedia terbaik
  • Kamera hadapan dan belakang yang berprestasi tinggi khususnya dengan kerjasama Leica.
  • Sensor capjari yang sangat pantas.
  • Reka bentuk yang nipis
  • Pengecasan USB-C yang pantas

Kekurangan

  • Jangka hayat bateri yang sedikit kurang ( mungkin kerana skrin 2K)
  • Peranti terasa panas apabila kamera digunakan secara berterusan untuk tempoh masa lama.

 

Secara keseluruhanya Huawei P10 Plus dengan evolusi dwi-kamera Leica generasi kedua adalah telefon pintar yang mampu menawarkan pengguna kamera ala DSLR pada peranti yang kompak dan mudah dibawa kemana-mana.

Walaupun masa yang dihabiskan bersama Huawei P10 Plus ini adalah singkat, kami amat berpuas hati dengan prestasi kamera yang dimiliki telefon pintar ini walaupun masih ada ruang untuk memperbaiki beberapa aspek termasuk pengambilan gambar potrait pada keadaan yang kurang cahaya.

Huawei P10 Plus kini ditawarkan di Malaysia pada harga penjualan RM 3,099 dan ianya kini hadir didalam warna emas ros.

Anda boleh beli Huawei P10 Plus di SINI

Di bawah ini kami sertakan lagi beberapa gambar yang diambil oleh kami sepanjang kami menggunakkan Huawei P10 Plus.

Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 6 Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 7 Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 8 Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 9 Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 10 Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 11 Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 12 Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 13 Ulasan kamera Huawei P10 Plus - teknologi kamera DSLR pada telefon pintar 14

* saiz kesemua gambar telah dikurangkan sebanyak 50% secara purata

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.