Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 5 dan ZenFone 5 Lite akan dilancarkan di MWC 2018

Mobile World Congress 2018 yang akan berlangsung pada penghujung bulan ni di Barcelona akan menyaksikan pelancaran banyak telefon pintar baru yang akan menghiasi pasaran telefon pintar sepanjang bulan ini.

Maklumat terbaru dari @evleaks telah memberikan kita gambar visual Asus ZenFone 5 Lite yang dikatakan akan dilancarkan bersama-sama Asus ZenFone 5.

Lakaran Asus ZenFone 5 Lite yang dimuat turun Evan Blass ini menunjukkan kehadiran 4 kamera iaitu teknologi dwi-kamera dibahagian hadapan dan belakang. Kamera belakang akan memiliki dua sensor kamera 16MP manakala dibahagian hadapan, akan hadir dua unit kamera 20MP.

Asus ZenFone 5 Lite juga akan hadir dengan skrin paparan FullView 18:9 seperti ZenFone Max Plus yang dilancarkan di Malaysia beberapa bulan lalu namun resolusi skrin ZenFone 5 Lite adalah FHD+ dengan saiz skrin sekitar 5.7-6.0 inci.

Majlis pelancaran Asus ZenFone 5 dijangka akan berlangsung ketika sidang pelancaran Asus di Mobile World Congress yang dijadualkan pada 27 Februari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.