Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Yoodo kini ditawarkan secara rasmi – telko digital terbaru di Malaysia

Yoodo, syarikat telekomunikasi digital telah diperkenalkan secara rasmi dan ianya adalah syarikat yang dimiliki oleh Celcom.

Bagi menyertai Yoodo, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Yoodo di Google Play Store bagi peranti Android atau di App Store bagi pengguna iPhone dan dengan melakukan pendaftaran, kad SIM Yoodo ini akan dihantar kepada anda didalam masa 2 jam sahaja ( bagi pengguna di Lembah Klang).

Yoodo memberikan pengguna kebebasan untuk memilih jumlah data internet, jumlah sms dan jumlah panggilan yang anda perlukan sebulan.

Selain itu, anda juga boleh membuat pilihan tambahan seperti kuota Facebook, Instagram atau YouTube.
Pembayaran pelan bulanan pilihan anda ini juga boleh dibuat terus melalui aplikasi menggunakan kad kredit atau debit pilihan anda.

Yodoo adalah sama seperti penawaran Ookyo yang ditawarkan oleh Maxis

maklumat lanjut mengenai Yodoo boleh anda ketahui di www.yoodo.com.my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.