Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo A83 akan tiba di Malaysia 23 Januari ini


Selepas pelancaran telefon pintar pakar selfie Oppo F5, Oppo kini telah mengesahkan akan menawarkan satu lagi telefon pintar pakar selfie yang dikenali sebagai Oppo A83.

Oppo A83 akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada 23 Januari 2018 dengan harga penjualan yang masih belum diumumkan namun dijangka kurang dari RM 1,000.

Bercakap mengenai spesifikasi, Oppo A83 akan hadir dengan skrin paparan HD+ beresolusi 5.7-inci ( 720 x 1440), pemproses MediaTek MT6763T, 3GB atau 4GB RAM, memori simpanan dalaman 32GB dan sensor capjari dibahagian belakang.

Oppo A83 juga memiliki bateri berkapasiti 3,180mAh, kamera utama 13MP dan kamera selfie 8MP dengan teknologi ‘AI Beauty Recognition Technology’.

Penawaran Oppo A83 ke pasaran Malaysia sudah pastinya memberikan pengguna golongan muda akses kepada teknologi selfie pada harga yang lebih berpatutan.

Harga penjualan Oppo A83 dijangka akan berada pada harga kurang dari RM 1,000 dan kami meramalkan telefon pintar ini mungkin memiliki harga penjualan RM 898

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.