HMD Global secara rasminya melancarkan Nokia 6 (2018)
HMD Global yang merupakan pemilik Nokia secara rasminya telah mengumumkan pelancaran generasi kedua telefon pintar Nokia 6 yang mana ianya turut menawarkan fungsi pengunaan kedua-dua kamera secara serentak yang dikenali sebagai “bothie”.
Nokia 6 hadir dengan skrin paparan IPS HD penuh berukuran 5.5-inci dengan nisbah skrin traditional 16:9 yang turut dilindungi dengan gelas keselamatan Gorilla Glass 3, pemproses Qualcomm Snapdragon 630 berkelajuan 2.2GHz, 4GB RAM dan bateri berkapasiti 3,000mAh dengan pengecasan kini dilakukan melalui slot USB-C.
Bercakap mengenai bahagian kamera pula, Nokia 6 (2018) hadir dengan kamera utama 16MP dengan aperture f/2.0 manakala sensor kamera selfie adalah unit 8MP yang memiliki aperture f/2.2.
Nokia 6 (2018) turut hadir dengan slot microSD, pembesar suara, sensor capjari, slot audio 3.5mm, Android 7.1 Nougat ( bakal menerima Android 8.0 Oreo) dan dua kapasiti memori simpanan iaitu 32GB atau 64GB.
Penjualan Nokia 6 (2018) ini akan bermula mulai 10 Januari dan tempahan kini telah dibuka dengan harga penjualan CNY 1,499 bagi versi 32GB dan CNY 1,699 bagi versi 64GB.
Nokia 6 (2018) ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan perak. Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai pelancaran model ini ke pasaran luar China.