Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pemproses Qualcomm Snapdragon 845 diumumkan secara rasmi

Pemproses Qualcomm Snapdragon 845 diumumkan secara rasmi 1

Pemproses Qualcomm Snapdragon 845 diumumkan secara rasmi 2

Qualcomm secara rasminya telah memperkenalkan generasi baru cip pemprosesan flagship mereka iaitu Qualcomm Snapdragon 845.

Pemproses terbaru ini telah diperkenalkan di Snapdragon Techonology Summit yang sedang berlangsung di Hawaii.

Majlis pelancaran pemproses Snapdragon 845 ini telah dilakukan oleh Naib Presiden Eksekutif Qualcomm Techonologies, Cristiano Amon yang turut disertai oleh ketua pegawai ekskutif Xiaomi, Lei Jun.

Pemproses Qualcomm Snapdragon 845 diumumkan secara rasmi 3

Jika anda ternyata-nyata apakah kaitan Lei Jun dengan pelancaran pemproses Snapdragon 845 ini, jawapanya

adalah telefon pintar utama Xiaomi bagi tahun 2018 iaitu Mi 7 akan menjadi antara telefon pintar pertama di pasaran untuk hadir dengan pemproses baru ini.

Pemproses Snapdragon 845 ini hadir dengan teknologi 10nm seperti Snapdragon 835 yang menduduki tahkta pemproses peranti mudah alih terbaik bagi tahun 2017.

Apa yang menarik adalah, pemproses Snapdragon 845 akan turut mempunyai kebolehan untuk digunakan pada komputer riba dan peranti mudah alih yang lain.

Spesifikasi lengkap Snapdragon 845 masih belum diketahui namun akan diumumkan secara rasmi lewat hari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.