Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F5 Youth dilancarkan secara rasmi

Selepas pelancaran Oppo F5 awal bulan ini, Oppo Malaysia juga telah mengesahkan bahawa Oppo F5 dengan 6GB RAM akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dan ianya akan ditawarkan didalam warna merah sahaja.

Walaubagaimanapun, perancangan pelancaran produk Oppo ternyata berbeza apabila Oppo melancarkan Oppo F5 Youth ke pasaran Filipina.

Oppo F5 Youth kini sudah dilancarkan secara rasmi ke pasaran Filipina dan telefon pintar ini masih mengekalkan pengunaan skrin paparan fullview FHD+ berukuran 6.0-inci.

Selain itu, Oppo F5 Youth ini hadir dengan pemproses MediaTek Helio P23 yang sama pada F5 namun dengan 3GB RAM selain 32GB ROM.

Perbezaan terbesar antara Oppo F5 dan F5 Youth adalah dari segi kamera dimana Oppo F5 Youth hanya memiliki kamera utama 13MP dengan f/2.2 manakala kamera selfie adalah 16MP dengan f/2.0 dan flash skrin.

Oppo F5 Youth juga mempunyai slot microSD, ColorOS 3.2 berasaskan Android Nougat, bateri berkapasiti 3,200mAh, sensor capjari dan teknologi Face Unlock.

Oppo F5 Youth kini sudah mula dijual di Filipina didalam dua warna iaitu hitam dan emas pada harga penjualan PHP 13,990 (RM 1,137)

Selepas ke Filipina, Oppo F5 Youth dijangka akan memasuki pasaran di rantau ini termasuk ke Malaysia dan terdapat juga kemugkinan ianya ditawarkan serentak bersama model Oppo F5 6GB RAM.

Anda boleh menonton video unboxing Oppo F5 kami dibawah

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.