Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F5 dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Oppo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar pertama dengan skrin paparan Fullview mereka yang pertama ke pasaran Malaysia.

Model yang kami maksudkan adalah Oppo F5 yang sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi di pasaran Filipina.

Bercakap mengenai Oppo F5 ini, ianya adalah telefon pintar pertama Oppo dengan skrin paparan 18:9 iaitu bersaiz 6.0-inci dengan resolusi 1080 x 2160 piksel (FHD+).

Oppo F5 juga memiliki pemproses Helio P23 daripada MediaTek, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4GB/32 atau 6GB/64GB, bateri berkapasiti 3,200mAh dan ColorOS 3.2 yang berasaskan Android 7.1 Nougat.

Bercakap mengenai kamera, Oppo F5 mempunyai kamera belakang 16MP f/1.8 yang turut dilengkapi dengan flash LED manakala kamera selfie Oppo F5 adalah unit 20MP f/2.0 dengan sensor 1/2.8 yang turut memiliki perisian kecantikan AI Beauty ( turut menyokong pengambilan gambar potrait).

Selain itu, Oppo F5 turut memiliki sensor capjari dibahagian belakang, slot dwi-sim +  microSD dan Bluetooth 4.2.

Oppo F5 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu hitam dan emas dengan harga penjualan RM 1,298.

Tempahan akan dibuka mulai hari ini sehingga 10 November di Lazada, 11street, Shopee.

Selain itu, Oppo turut melancarkan Oppo F5 Youth dan Oppo F5 versi 6GB RAM + 64GB ROM.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.