Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kempen ‘Celebrate Christmas with Honor’ menawarkan hadiah bernilai sehingga RM 50,000

Sempena musim perayaan Krismas dan cuti sekolah yang sudah bermula, Honor Malaysia kini menganjurkan satu kempen yang dikenali sebagai ‘ Celebrate Christmas with Honor’ yang membolehkan anda memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM 50,000.

Kempen ini akan berlangsung dari 17 November sehingga 7 Januari 2018 dan antara hadiah-hadiah yang boleh anda menangi melalui cabutan bertuah adalah 5 unit Huawei Mate 10 Porsche Design, 15 unit kamera panorama Huawei 360 dan 15 unit penimbang Huawei Smart Scale.

Selain menyertai cabutan bertuah, bakal pembeli peranti Honor yang terpilih akan turut menerima hadiah ekslusif tambahan yang sangat premium.

Jika anda membeli Honor 8 Pro yang kini ditawarkan pada harga RM 1,799, anda akan menerima kotak hadiah premium Honor bernilai RM 799 yang turut mengandungi baucar Mobile Legend, baucar Final Fantasy, headphone, kayu selfie dan adapter.

Selain itu, bagi pelanggan yang membeli Honor 8 atau Honor 6X, mereka akan menerima beg boleh lipat bernilai RM 69 manakala pembeli Honor 6A Pro atau Honor 5x akan menerima botol gelas bernilai RM 69.

Penawaran daripada Honor ini sudah pastinya akan memeriahkan lagi musim perayaan dan cuti sekolah tahun ini.

untuk maklumat lanjut anda boleh mengunjungi laman sesawang Honor Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.