Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 7x akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 12 Disember

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar pertama Honor dengan skrin paparan FullView 18:9 iaitu Honor 7x dilancarkan ke pasaran tempatan pada 12 Disember.

Honor 7x telah dilancarkan di pasaran China pada bulan Oktober yang lalu dengan harga penjualan yang bermula dari CNY 1,300 (RM 832).

Honor 7x hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 5.93-inci yang mempunyai resolusi HD+ 2160 * 1080 dengan kepadatan piksel mencecah 407ppi dan turut dilapisi gelas 2.5D.

Bercakap mengenai pemproses dalaman, Honor 7X ini hadir dengan pemproses Kirin 659 yang turut digunakan pada Huawei Nova 2i, 4GB RAM dan tiga pilihan ROM iaitu 32GB/64GB atau 128GB.

Honor 7x juga memiliki sensor capjari dibahagian belakang, Android 7.0 Nougat + EMUI 5.1. , bateri berkapasiti 3,340mAh, slot microSD dan pengecasan melalui slot MicroUSB ( sesuatu yang sedikit mengecewakan kami).

Honor 7x juga mempunyai tetapan dwi-kamera dibelakang iaitu unit kamera utama 16MP yang dipadankan dengan kamera 2MP. tugas selfie pada Honor 7x akan dipertanggungjawabkan kepada unit kamera 8MP.

Honor 7X ditawarkan di pasaran China didalam tiga kapasiti memori simpanan dalaman namun masih belum dapat dipastikan versi mana yang akan ditawarkan di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.