Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 4 kini mula ditawarkan di Malaysia

Selepas dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos yang lalu, Asus Malaysia kini telah mengumumkan bahawa Asus ZenFone 4 (ZE554KL) mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga penjualan RM 2,099.

Pelancaran Asus ZenFone 4 ini tiba sedikit lewat berbanding Asus ZenFone 4 Selfie dan Asus ZenFone 4 Selfie Pro yang telahpun mula dijual beberapa minggu selepas pelancaran rasmi.

ulasan Asus ZenFone 4 Selfie Pro boleh anda baca di SiNi

Asus ZenFone 4 (ZE554KL) ini hadir dengan skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 630, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Selain itu, Asus ZenFone 4 ini akan turut hadir dengan teknologi dwi-kamera dibahagian belakang iaitu satu unit kamera 12MP f/1.8 dan satu unit kamera 8MP yang memiliki lensa lebar 120 darjah.

Kamera utama Asus ZenFone 4 ini juga memiliki pemfokusan PDAF DualPixel, OIS & EIS, rakaman video 4K dan pembetulan warna RGB.

Asus ZenFone 4 akan turut memiliki kamera selfie 8MP, Slot microSD , Asus ZenUI 4.0 yang berasaskan Android Nougat, NFC dan sensor capjari.

Asus ZenFone 4 (ZE554KL) kini sudah boleh dibeli melalui stor rasmi Asus Malaysia di Lazada dengan harga penjualan RM 2,099.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.