Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 4 Selfie, ZenFone 4 Selfie Pro dan ZenFone 4 Max kini di Malaysia

Asus Malaysia kini telah membuka tempahan bagi tiga model Asus ZenFone 4 namun model utama didalam siri ini iaitu ZenFone 4 dan ZenFone 4 Pro masih belum dibuka untuk tempahan.

Asus ZenFone 4 Selfie Pro kini dibuka untuk tempahan pada harga penjualan RM 1,799 dan ditawarkan didalam dua warna iaitu merah dan emas ( percuma tambahan kad microSD 16GB)

Asus ZenFone 4 Selfie pula hadir dengan harga penjualan RM 1,299 dan akan ditawarkan didalam satu warna sahaja iaitu emas.

Asus ZenFone 4 Max Pro pula hadir dengan harga penjualan RM 1,099 dan akan ditawarkan didalam warna hitam sahaja.

Pembelian kesemua telefon pintar Asus ini akan menerima Powerbank Asus ZenPower 10,050mAh, kayu selfie, kable OTG, kable USB dan pelindung skrin.

anda kini boleh menempah Asus ZenFone pilihan anda di Lazada Malaysia dan tempahan akan dibuka sehingga 24 Ogos ini.

Bagi anda yang menanti pelancaran Asus ZenFone 4, ianya akan dijangka tiba ke pasaran tempatan pada 1 September ( harga tidak diketahui).

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai Asus ZenFone 4 Pro diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.