Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P10 Plus kini ditawarkan pada harga RM 2,399 sahaja

Selepas pengumuman Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro yang akan memasuki pasaran Malaysia penghujung bulan ini, Huawei Malaysia telah mengumumkan pemotongan harga bagi Huawei P10 Plus.

Huawei P10 Plus yang pada mulanya ditawarkan pada harga RM 3,099 kini ditawarkan dengan harga rasmi RM 2,399 manakala penjualan Huawei P10 pula telah dihentikan.

Walaupun dilancarkan awal tahun ini, Huawei P10 Plus adalah satu telefon pintar yang serba lengkap dan masih boleh dikategorikan sebagai antara telefon pintar utama terbaik tahun ini.

Dari segi spesifikasi, Huawei P10 Plus menawarkan skrin paparan QHD bersaiz 5.5-inci, pemproses Kirin 960, memori sehingga 6GB RAM, ruangan storan 128GB, dengan bateri sebesar 3750mAh.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang Leica Pro mengabungkan lensa 12MP+20MP F1.8 serta kamera hadapan 8MP berteknologi Leica dan anda boleh membaca ulasan kamera Huawei P10 Plus untuk maklumat lebih lanjut.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki Huawei Mate 10, pra-tempahan telefon pintar ini kini sudah dibuka dan boleh mengetahui maklumat lebih lanjut di sini
Peranti ini turut mempunyai sokongan tambahan seperti kalis air IPX3, dan juga integrasi pembelajaran mesin pada sistem operasi EMUI 5.1.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.