Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan Huawei Mate 10 akan dibuka 19 Oktober dengan hadiah percuma bernilai RM999

Tempahan Huawei Mate 10 akan dibuka 19 Oktober dengan hadiah percuma bernilai RM999 1

Huawei Mate 10 dan Huawei Mate 10 Pro telah dilancarkan secara rasmi malam tadi dan seperti yang kami laporkan sebelum ini, tempahan bagi Huawei Mate 10 akan mula dibuka pada 19 Oktober ini.

Harga penjualan Huawei Mate 10 juga telah diumumkan iaitu RM 2,699 dan bagi anda yang membuat tempahan akan menerima pakej hadiah percuma bernilai RM 999.

Tempahan Huawei Mate 10 akan dibuka 19 Oktober dengan hadiah percuma bernilai RM999 2

Tempahan Huawei Mate 10 membolehkan anda menerima :

satu unit Penimbang badan
satu unit hadiah premium Mate 10
satu unit kad VIP Huawei yang membolehkan anda menikmati 3 bulan pertukaran skrin satu-kepada-satu, satu tahun jaminan waranti dan pengantaran ke rumah.

Tempahan boleh dibuat mulai 19 Oktober sehingga 22 Oktober dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan perang mocha manakala warna emas akan ditawarkan untuk pembelian terus pada 28 Oktober 2017.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai tempahan bagi Huawei Mate 10 Pro di Malaysia.

Tempahan boleh dibuat di vmall atau melalui 3ex

Tempahan Huawei Mate 10 akan dibuka 19 Oktober dengan hadiah percuma bernilai RM999 3 Tempahan Huawei Mate 10 akan dibuka 19 Oktober dengan hadiah percuma bernilai RM999 4

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.