Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

100 pembeli pertama Huawei Nova 2i akan menerima hadiah percuma bernilai RM 898

100 pembeli pertama Huawei Nova 2i akan menerima hadiah percuma bernilai RM 898 1
Huawei Nova 2i yang diumumkan beberapa minggu lalu akan mula dijual secara rasmi di Malaysia mulai 13 Oktober ini dan sempena meraikan hari pertama penjualan telefon pintar ini, Huawei Mobile Malaysia akan menawarkan satu promosi istimewa bagi 100 pembeli pertama Huawei Nova 2i pada 13 Oktober ini.

Apa yang anda perlu buat hanyalah membeli Huawei Nova 2i di kedai “flasgship” Huawei di Pavillion Elite Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Dengan pembelian Huawei Nova 2i ini, anda akan menerima tambahan satu jam pintar Huawei bernilai RM 399 selain kotak hadiah Nova 2i yang mengandungi hadiah bernilai RM 499.

Penjualan Nova 2i ini dijangka akan bermula pada 1.30 petang dan duta Nova Superstar iaitu Hannah Delisha akan turut membuat persembahan khas pada pukul 2.30 petang ( 10 pembeli pertama Nova 2i akan diberikan peluang untuk mengambil selfie bersama beliau).

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Huawei 2i ini, anda boleh membaca laporan majlis pelancaran Huawei Nova 2i ini di SiNi.

Segala promosi dan tawaran yang ditawarkan oleh Huawei adalah sementara stok masih ada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.