Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Futuremark mendedahkan bahawa Apple tidak memperlahankan model iPhone yang lamadengan iOS 11

Sejurus sahaja pelancaran generasi iPhone dan iOS yang baru, sudah pasti akan ada pengguna yang terkilan dengan Apple yang dikatakan dengan sengaja ‘memperlahankan’ prestasi model Apple iPhone yang lama.

Apple iOS 11 yang menyokong iPhone 5S dan ke atas tidak terlepas juga dengan dakwaan ini.

Walaubagaimanapun, satu ujian prestasi yang dibuat oleh Futuremark telah memberikan kita bukti sebenar akan apakah kesan apabila iOS baru dikemaskini pada model-model iPhone yang lama.

Dengan menggunakan data dari tahun lalu, Futuremark telah menguji hampir 100,000 unit iPhone dengan sistem operasi iOS 9, iOS 10 dan iOS 11 untuk melihat apakah terdapat perubahan dari segi prestasi.

Futuremark telah menguji kesemua model-model iPhone yang dilancarkan sebelum ini ( iPhone 5S dan ke atas sahaja) dari April 2016 sehingga September 2017 dan ujian GPU dan CPU menunjukkan bahawa prestasi kesemua model ini adalah konsisten tanpa sebarang perubahan drastik.

Walaupun ada sedikit penurunan pada jangka masa panjang, ianya dilihat tidak cukup untuk menyebabkan iPhone menjadi perlahan sehingga tidak boleh digunakan secara lancar.

Dengan ujian dari Futuremark, kita kini mempunyai bukti ‘hitam putih’ bahawa Apple tidak menggunakan taktik murahan ini untuk memaksa pengguna-pengguna model iPhone yang lama untuk beralih kepada model baru.

Anda juga boleh menguji peranti Android atau iOS anda dengan memuat turun aplikasi 3D Mark dan kami telah sertakan pautan muat turun dibawah.

3D Mark Apple App Store

3D Mark Google Play Store

Sumber

Tempahan Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di Malaysia akan dibuka 13 Oktober ini

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.