Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan mula ditawarkan di Malaysia 20 Oktober ini

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang dilancarkan pada 13 September lalu kini telah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 20 Oktober ini manakala pra-tempahan akan dibuka pada 13 Oktober 2017.

Sebelum ini 11street juga telah mula menawarkan Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang hadir dengan harga penjualan dari RM 3,649 namun penghantaran bagi pembelian di 11street hanya akan dilakukan mulai 31 Oktober.

Walaupun telah mengumumkan tarikh penjualan dan tarikh pra-tempahan, laman sesawang Apple Malaysia masih belum mendedahkan maklumat harga bagi iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

Selain itu, Apple juga tidak akan membawa masuk iPhone X pada tarikh pelancaran iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kerana telefon pintar ini hanya akan memasuki pasaran utama dunia pada bulan November.

Jika anda menunggu untuk menjadi pemilik kepada Apple iPhone X, anda mungkin perlu menunggu sehingga bulan Disember 2017 atau Januari 2018.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.