Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 6X dengan dwi-kamera kini lebih murah

Huawei Honor 6X telah memasuki pasaran Malaysia pada bulan Februari yang lalu dan kini telefon pintar ini telah menerima pengurangan harga.

Dari segi spesifikasi, Honor 6X ini hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci paparan HD penuh, pemproses Kirin 655 serta dengan memori 3GB/4GB RAM dan ruangan storan dalaman 32GB/64GB yang boleh diperluaskan melalui kad mikroSD.

Honor 6X juga memiliki Bateri bersaiz 3,340 mAh dan turut menggunakan EMUI 4.1 yang berasaskan Android 6.0 Marshmallow.

Honor 6X memiliki teknologi dwi-kamera 12MP + 2MP pada bahagian belakang dalam membolehkan pengguna mengambjl gambar bokeh. Kamera depan adalah 8MP . Ia turut disertakan pengimbas capjari yang diletakkan dibahagian belakang.

Honor 6X ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Perak, Emas dan Kelabu.

Harga baru Honor 6X mengikut kapasiti adalah seperti berikut :

Honor 6X 3GB/32GB  RM 899
Honor 6X 4GB/64GB  RM 999

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.