Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam pintar Fitbit Versa kini di Malaysia dengan harga dari RM 990

Jam pintar Fitbit Versa kini di Malaysia dengan harga dari RM 990 1

Fitbit secara rasminya telah melancarkan jam pintar terbaru iaitu Fitbit Versa ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan reputasi sebagai pencabar utama Apple Watch.

Fitbit Versa merupakan jam pintar kedua syarikat ini selepas Fitbit Iconic dan Fitbit Versa juga beroperasi dengan Fitbit OS 2.0 namun dengan harga penjualan yang lebih murah ( mungkin kerana ketiadaan GPS).

Jam pintar Fitbit Versa kini di Malaysia dengan harga dari RM 990 2

Fitbit Versa menjanjikan jangka hayat bateri selama 4 hari dengan pengecasan penuh peranti hanya mengambil masa 2 jam.

Seperti Fitbit Iconic, Versa juga mempunyai sensor pengukur kadar degupan jantung, 15 mod senaman,kalis air sehingga kedalaman 50m dan maklumat kesihatan mingguan.

Jam pintar Fitbit Versa kini di Malaysia dengan harga dari RM 990 3

Fitbit Versa disambungkan kepada peranti pintar anda melalui Bluetooth LE dan menawarkan paparan notifikasi dari aplikasi kegemaran anda.

Fitbit Versa kini tawarka  melalui wakil penjual sah seperti All IT Hypermarket, AONE Plus, Best Denki, Harvey Norman, Timekeeper, Thunder Match Technology dan Lazada di Malaysia.

Harga penjualan Fitbit Versa adalah RM 990 bagi warna hitam, kelabu dan emas ros manakala Fitbit Versa Edisi Khas akan mempunyai harga penjualan RM 1,120 dengan beberapa aksesori tambahan dijual pada harga sekitar RM 130 sehingga RM 420.

Fitbit Versa – RM 990

Jam pintar Fitbit Versa kini di Malaysia dengan harga dari RM 990 4

Jam pintar Fitbit Versa kini di Malaysia dengan harga dari RM 990 5 Jam pintar Fitbit Versa kini di Malaysia dengan harga dari RM 990 6

Fitbit Versa Edisi Khas – RM 1,120

Jam pintar Fitbit Versa kini di Malaysia dengan harga dari RM 990 7

 

Jam pintar Fitbit Versa kini di Malaysia dengan harga dari RM 990 8

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.