Apple iPhone X hadir dengan 3GB RAM dan bateri yang lebih besar dari iPhone 8 Plus
Apple iPhone X hanya akan memasuki pasaran pada bulan November dan telefon pintar ini kini telah menerima pensijilan daripada TENAA yang memberikan maklumat spesifikasi dalaman yang kebiasaanya tidak didedahkan pleh Apple.
Apple iPhone X kini disahkan memiliki bateri yang mempunyai kapasiti yang lebih tinggi berbanding iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.
Apple iPhone X yang lebih kompak hadir dengan bateri berkapasiti 2,716mAh manakala iPhone 8 memiliki bateri berkapasiti 1,821mAh diikuti iPhone 8 Plus yang memiliki bateri berkapasiti 2,675mAh.
Walaubagaimanapun, harus juga kami maklumkan bahawa Apple iPhone X hadir dengan skrin paparan AMOLED yang lebih efisen berbanding skrin paparan LCD dan Apple mendakwa iPhone X mampu bertahan dua jam lebih lama berbanding iPhone 7.
Beralih kepada RAM pula, Apple iPhone X hadir dengan 3GB RAM iaitu kapasiti yang sama seperti iPhone 8 Plus dan iPhone 7 Plus. Apple iPhone 8 pula hadir dengan RAM 2GB sahaja.