Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Malaysia sahkan Honor 8 Pro akan menerima kemaksini Android Oreo

Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa Honor 8 Pro akan menerima kemaksini Android Oreo sebelum penghujung tahun 2017 dan kini telah mendapat pengesahan rasmi daripada Honor Malaysia.

Honor 8 Pro yang merupakan telefon pintar terbaik didalam jenama Honor telah dilancarkan di Malaysia pada Julai 2017 dengan harga penjualan RM 1,999.

nor 8 Pro hadir dengan reka bentuk berasakan gelas dibahagian hadapan dan walaupun memiliki skirn paparan 5.7-inci, Honor 8 Pro ini adalah lebih nipis daripada Apple iPhone 7 iaitu hanya 6.97mm.

Honor 8 Pro hadir dengan skrin paparan 2K berukuran 5.7-inci, pemproses Kirin 960 , 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman , bateri berkapasiti 4,000mAh dan EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0 Nougat.

Selain itu, Honor 8 Pro juga hadir dengan teknologi dwi-kamera 12MP dimana satu unit kamera adalah sensor monokrom manakala satu sensor lagi adalah sensor RGB ( tanpa pensijilan Leica), sokongan rakaman video Ultra 4K dan kamera selfie 8MP ( lensa lebar 77 darjah).

Walaupun telah mengesahkan secara rasmi mengenai status penerimaan Android 8.0 Oreo ini, Honor Malaysia tidak memberikan sebarang tarikh akan bila kemaskini Oreo ini akan ditawarkan kepada Honor 8 Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.