Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note8 kini ditawarkan di Malaysia

Samsung Mobile Malaysia secara rasminya telah melancarkan Galaxy Note8 ke pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 3,999.

Samsung Galaxy Note8 skrin paparan Infinity Super AMOLED QuadHD+ berukuran 6.3-inci (521ppi), pemproses Exynos 8895 atau Snapdragon 835 ( bergantung kepada pasaran), 6GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman dengan slot microSD yang menyokong sehingga 256GB.

Satu lagi perubahan ketara pada Samsung Galaxy Note8 adalah, ianya hadir dengan teknologi dwi-kamera yang dilengkapi OIS pada kedua-dua kamera. kamera ini adalah unit 12MP lensa lebar yang mempunyai aperture f/1.7 selain unit kamera telefoto 12MP dengan aperture f/2.4.

Bercakap mengenai reka bentuk Galaxy Note8 ini, ianya mempunyai reka bentuk yang berasaskan gelas dengan sokongan IP68 dan lebih menarik adalah stylus s-pen juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Samsung Galaxy Note8 juga memiliki bateri berkapasiti 3,300mAh ( dengan pengecasan pantas) , sistem keselamatan biometrik seperti pengesan IRIS, pengesan capjari dan pengecaman wajah.

Sempena pelancaran ini, Samsung juga akan mengadakan satu roadshow khas selama 4 hari di Pavillion, Kuala Lumpur, AEON Tebrau City, Johor Baharu dan Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Pembelian Galaxy Note8 di road show ini membolehkan anda menerima satu set GearVR dan perlindungan skrin Samsung Screen Protection dengan nilai keseluruhan bernilai RM 649.

Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh artis popular Korea Selatan iaitu Song Ji-Hyo.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.