Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 Perkara Yang Akan Diumumkan Di Majlis Pelancaran iPhone 8

Menjelang September setiap tahun, dunia telefon pintar sudah pastinya sedia maklum bahawa pelancaran Apple iPhone yang baru akan tiba dan tahun ini adalah sesuatu yang lebih istimewa kerana ianya merupakan ulang tahun ke-10 Apple iPhone dikeluarkan.

Majlis pelancaran Apple iPhone yang baru ini akan berlangsung buat pertama kali di Steve Job theatre yang terletak di ibu pejabat Apple yang baru iaitu Apple Park Campus dan ianya akan berlangsung esok ( awal pagi Rabu waktu Malaysia).

Untuk memastikan anda tidak terlepas majlis pelancaran ini kami memberikan anda beberapa tumpuan utama di majlis pelancaran Apple iPhone ini.

Apple iPhone edisi khas sempena ulang tahun ke-10.

Jika sebelum ini Apple hanya melancarkan satu atau dua model iPhone sahaja, tahun ini Apple dijangka akan melancarkan tiga model iPhone dan model yang paling premium iaitu iPhone 8 atau iPhone X akan menjadi tumpuan utama di majlis pelancaran ini.

Apple iPhone ini akan menjadi telefon pintar Apple yang pertama untuk hadir dengan skrin paparan OLED yang melebih 5.5-inci namun dengan ukuran dimensi yang hampir sama seperti Apple iPhone 7 yang hanya memiliki skrin paparan 4.7-inci.

Selain itu, Apple iPhone edisi khas ini akan memiliki kamera yang mempunyai posisi menegak, pengecasan tanpa wayar, teknologi pengecaman wajah Face ID dan ketiadaan butang ‘Home’.

Apple iPhone edisi khas ini dijangka akan hadir didalam tiga kapasiti iaitu 64GB, 256GB dan 512GB dengan harga penjualan dikatakan berlegar sekitar $1,000.

Apple iPhone 7s dan iPhone 7s Plus
Bagi majoriti pengguna, Apple iPhone 8 mungkin berada diluar kemampuan mereka dan untuk ini Apple akan memperkenalkan model pengganti kepada Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang hadir dengan tambahan ‘S’.

Walaupun kebiasaanya model ‘S’ hanya akan menerima penambahbaikan dalaman, model ‘S’ tahun ini akan turut menerima perubahan reka bentuk dengan peralihan kepada reka bentuk berasaskan gelas sama bagi membolehkan pengecasan tanpa wayar.

Apple iPhone 7s dan iPhone 7s Plus juga akan memiliki teknologi kamera yang ditambah baik, Apple iOS 11, pemproses Apple A11 yang sama seperti iPhone edisi khas dan harga yang lebih berpatutan.

Selain dari itu, Apple iPhone 7s dan 7s Plus dijangka akan mengekalkan kesemua ciri yang sama seperti pada iPhone 7 dan iPhone 7s Plus seperti butang home, ruang atas dan skrin yang besar.

Selain itu, Apple iPhone 7s dan iPhone 7s Plus juga dijangka akan ditawarkan dengan lebih awal dan meluas berbanding model yang lebih premium.

Apple Watch Series 3

Apple dijangka akan melancarkan generasi jam pintar Apple yang baru dan ianya mungkin dikenali sebagai Watch Series 3.

Berdasarkan laporan awal, Apple Watch yang baru ini dijangka tidak akan hadir dengan reka bentuk yang baru namun ianya akan hadir dengan sokongan LTE dengan saiz yang sama seperti model-model sebelum ini iaitu 38mm dan 42mm.

Apple Watch yang baru ini mungkin memasuki pasaran pada penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan dan selain daripada penawaran sokongan LTE, Apple Watch yang baru ini mungkin hadir dengan bateri dan pemproses yang lebih baik.

Apple TV

Apple TV yang baru dijangka turut menjadi sebahagian daripada majlis pelancaran iPhone dan Apple TV yang baru ini mungkin hadir dengan sokongan 4K dan HDR.

Apple iOS 11

Apple akan turut mengumumkan sedikit sebanyak mengenai sistem operasi yang terbaru ini dan kita mungkin akan menerima tarikh penawaran sistem operasi yang baru ini dan ianya dijangka akan ditawarkan seminggu selepas pelancaran rasmi iPhone 7s, 7s Plus dan iPhone edisi khas.

Kita hanya perlu menunggu satu hari sahaja lagi untuk menyaksikan pelancaran Apple iPhone yang baru dan ianya akan berlangsung pada 13 September 2017 pukul 1 pagi waktu Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.